Program Let’s Enjoy With PI1M

7 – 10 Februari 2017 | Khamis - Jumaat
(7 - 9 Februari 2017)3.00 petang – 5.00 petang & (10 Februari 2017)11.00 pagi – 6.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Sematan

Tujuan:
Program ini telah diadakan selama empat hari dan kemuncak program Let’s Enjoy With PI1M pada hari Jumaat itu telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Lundu. Antara objektif program ini ialah:
• Program ini merupakan salah satu cara untuk mempromsikan Pusat Internet 1 Malaysia Sematan kepada komunti di sekitar daerah kecil Sematan ini yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina,Iban,Bidayuh,Salako dan sebagainya.
• Mewujudkan platform bagi menghebahkan kepada komuniti di Sematan ini terhadap objektif dan matlamat PI1M ini diwujudkan.
• Memperkasakan komuniti ke arah tahap literasi teknologi dan digital yang baik.
• Menambahkan ahli berdaftar PI1M dalam kalangan komuniti tempatan.
• Dapat mewujudkan warga digital yang positif.
• Mewujudkan inisiatif yang memberi kesan jangka masa panjang kepada komuniti.
• Membantu usahawan-usahawan yang telah wujud di sekitar Sematan ini untuk mempromosikan perniagaan mereka lebih meluas lagi dengan menggunakan Internet.
• Menghebahkan kepentingan internet amatlah penting untuk setiap individu untuk mencari maklumat-maklumat yang mereka inginkan.
• Dapat mengeratkan lagi hubungan kakitagan PI1M dengan komuniti di sekitar Sematan ini.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: