Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Rekod peribadi James Brooke menyebut yang Kampung Siru dan Kampung Sematan dibuka oleh kaum Kedayan dari Brunei. Pada asalnya penghuni kampung ini hanya sekitar 7 orang sahaja tetapi telah meningkat kepada lebih 30 orang dan telah berlaku kahwin campur dengan kaum Melayu dan kaum Dayak. Jurnal tersebut ditulis pada Mei, 1842. Berkemungkinan Kampung Siru dan Kampung Sematan telah dibuka sekitar awal 1800an lagi.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


Program Let’s Enjoy With PI1M

Aktiviti Terkini | 7 – 10 Februari 2017

Program ini telah diadakan selama empat hari dan kemuncak program Let’s Enjoy With PI1M pada hari Jumaat itu telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Lundu. Antara objektif program... baca selanjutnya

Program Gotong-royong Bersama Pengguna Tetap Pusat Internet 1Malaysia Sematan

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan staff PI1M dengan penduduk/komuniti, serta bersama-sama membersih kawasan PI1M supaya suasana PI1M sentiasa selesa dan kebersihan PI1M sentiasa terjaga... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan... baca selanjutnya